She's no you giveaway!
Syarat-syarat penyertaan korang boleh rujuk kat banner atas tu..
Kali ni nak join giveaway seakan review blog lak untuk memperbaiki dan membantu tuan empunya blog membuat penambahbaikan blog dia dari masa ke semasa..errr.. menda la ko merepek ni weh! haih!
Sebelum aku merepek lagi panjang..
Meyh sini baca review aku untuk blog shazzy ni.. :)
- pertama sekali masuk ke blog shazzy ni.. Aku nampak header dan layout blog dia. Ini memang kebiasaan bagi aku bila masuk blog orang. Header dan layout blog yang aku nak tengok dulu. Sebab? Ini sebab header blog mengambarkan identiti sesebuah blog tu. Untuk Shazzy, diharap dapat la menukar header blog tu ye. Header blog awak terlalu besar dan sangat tak sesuai untuk blog awak. Cuba buat header baru yang cun lagik comel yang sesuai dengan identiti blog awak.
- Layout atau background blog awak. Nampak tak berapa nak menarik. Cuba cari background yang menarik dan buat blog awak nampak ceria sikit, tak pun awak ubah warna background kepada warna lebih cerah dan ceria :) boleh cari background untuk blog kat sini .. boleh jugak google. banyak lagi web yang sediakan background yang menarik dari tu.
- banner kurang kemas.. Boleh tengok gambar atas tu. Banner kurang kemas. Kalau boleh, kecikkan sikit saiz dia sama dengan sidebar atau kurang sikit dari saiz sidebar.. Sangat tak kemas kalau biarkan banner kontes/giveaway keluar dari ruang yang sepatutnya.
- Susunan widget yang tak teratur. Kalau boleh, susun widget dengan teratur ok. Ini memudahkan dan akan buat blog kita nampak lebih kemas. Jadi, kalau boleh susun la widget dengan teratur, tak la blog kita nampak serabut :)
- 'ada orang jejak kaki lah dan stalker hoyeah' kat dalam gambar atas tu telah saya petak dan panahkan tu. Rasanya dua widget ni boleh digabungkan sekali dengan letak kedua code widget tersebut dalam satu html yang sama..
dan
- Rasanya dua widget ni tak perlu.. Widget tu kadang-kadang akan keluar pop-up window.. Kadang-kadang boleh menyusahkan pengunjung kalau keluar pop-up window. Jadi, diharap tak la pakai.. Kalau nak pakai jugak, letak life traffic feed tu je cukup kot sebab fungsi dua widget atas tu lebih kurang je. Cuma untuk bagi tau pengunjung blog kita dari mana.. Tak payah la nak beratkan blog untuk widget yang sama fungsi.
- Popular post dan bloglist tu, diharap boleh kurangkan kepada 5 je paling maximun. Tak la nampak panjang sangat.. Kalau tak nak letak lima, nak letak semua, rasanya elok guna scroll bar. :)
- Last sekali nak komen pasal main page. Kalau boleh letak je la tiga entri terbaru kat depan. Boleh jimat masa loading blog sebab nampak macam entri awak pun boleh tahan panjangnya untuk satu entri.
Okeyh! Tu je la nak komen. Nak komen banyak tak berani sebab blog aku yang ni http://theonlyza.blogspot.com/ pun bukan kemas sangat. Hahahaha!
tag: mieng, zyra, bibiey
0 comments:
Post a Comment