Hye hye!
Join kontes dari Miss Lyzeer!
Kali ni join sebab macam menarik je kontes ni disamping hadiah yang lumayan! Maka aku merajinkan diri nak review blog Miss Lyzeer ni kasi dia sentap habis punya! Lama lak tak kasi orang sentap ni. Hahaha! Miss Lyzeer, siap sedia ek untuk disentapkan. Ekekeke.. (buyi macam kejam je) =_="
Ehem!
Ni nak kasi Miss Lyzeer sentap habis ni. Eheksss..
Gurau-gurau je. Bukan nak kasi sentap habis pun tapi kalau dah tersentap tu nak buat macam mana kan? Miss Lyzeer sendiri yang suruh. Ngeh! Jahat Gilak!
Okeyh! Tak payah nak merepek panjang dah! Terus dengan agenda nak membantu Miss Lyzeer cantikkan blog dia dengan review blog dia ni. Sebelum tu mintak ampun dan maaf dulu ye takut nanti tersentap sampai berdendam dan nak terjun bangunan lak. Ngeh!
Sila lihat gambar dibawah:
Header!
Ye! Pertama sekali masuk blog Miss Lyzeer ni. Aku tengok header. Ye la, header macam kepala blog. Header jugak salah satu daya tarikan kat blog. Masuk mana2 blog pun akan jumpa header dulu. Maka aku komen header dulu ok. Header blog Miss Lyzeer ni besar sangat. Mula masuk tu terkejut la jugak tapi lepas tu boleh biasakan diri dengan header tu. Nak sarankan kat Miss Lyzeer ni untuk buat header baru. Header baru bagi nampak menarik sikit. Tak pun, edit header tu bagi kecik sikit la. Tak la besar sangat dan terkejut bila masuk sini. Nak buat header boleh guna Photoshop. Tengok dari tutorial yang ada. Buat yang simple2 pun ok :)
Kedua pulak nak komen pasal sidebar. Sidebar macam tak kemas sedikit. Kalau boleh kemaskan la sidebar tu supaya tak nampak serabut sangat ye Miss Lyzeer. Selain tu, nampak tak yang dibulatkan kat gambar atas ni? Siap persoalan besar lagi diletak kat situ. Pengkritik terhebat tu apa ye? Kenapa kosong? Saya tak nampak widget tu atau memang widget tu kosong? Kalau kosong tu, buat je la. Jangan bagi nampak tak cantik kat situ.
Ketiga pulak kat gambar atas tu. Nampak tak widget alexa dan banner kaspersky tu? Nampak tak selari dan center. Kalau boleh samakan kedua widget tu. Bagi center dua-dua, jangan centerkan satu je. Satu lagi dibiar dekat dengan border. Centerkan baru cantik. Boleh guna ni untuk centerkan widget tersebut <center> code widget </center>
Keempat. Banner giveaway. Rasanya banner giveaway ni dah lama. Giveaway ni pun dah tamat rasanya. Seeloknya buang la banner giveaway yang dah tamat tu supaya blog Miss Lyzeer ni sentiasa kemas ye. :)
Kelima. Banner iklan tu terkeluar sikit dari border. Alahai. Tak kemas dan nampak tak cantik. Apa kata Miss Lyzeer kemaskan dan setting besar baner tu sama dengan border blog Miss Lyzeer. Mesti nampak comel.
Last sekali nak komen pasal pemilihan template. Rasanya template blog Miss Lyzeer ni kena tukar warnanya. Memang hitam nampak menarik. Saya sendiri menggunakan warna hitam sebagai background blog saya tap andai semua hitam, nampak blog Miss Lyzeer ni macam kurang ceria. Kalau boleh tukar la background blog Miss Lyzeer. Ini cadangan je. Terima atau tak terpulang. Hehehe.. Template tu boleh usha kat sini. http://btemplates.com/ kalau berkenan tu download je.. hehe
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Okeyh! Tu je la nak komen. Semuanya terpulang kepada Miss Lyzeer nak cantikkan blog. Heee. Jangan sentap pastu terjun bangunan pulak ye. Saya komen untuk membantu bukan nak mematahkan semangat Miss Lyzeer. Hehehe. Peace ^_^v
1 comments:
thanks sebab join kontest ni..hehe, agak tersedak jugak disitu ..anyway miss akan datang balik untuk buat penilaian pemenang...sekarang busy yg amat sgt..
good luck ye =)
Post a Comment